Peserta Raja Joran

Ngler
Naim & Anthony
“Underdog” yang dibarisi pempengaruh media sosial. Naim yang memancing dari kecil lagi sangat dikenali dalam dunia pemancingan. Biarpun Anthony kurang pengalaman berbanding Naim, namun cara pemikiran dan strateginya tidak boleh disangkal.
Mendonia
Irfan & Aiman
Peserta paling muda dalam pertandingan ini. Dua anak muda yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam sukan memancing. Walaupun muda, teknik dan mentaliti mereka sangat disegani dikalangan pemancing-pemancing.



Redah
Akim & Lass
Meskipun dari 2 generasi berbeza, gandingan dan keserasian mereka menjadi kekuatan buat kumpulan Redah. Mustaqim yang handal menangkap ikan Haruan. Manakala Lass yang mempunyai pengalaman memancing lebih dari 40 tahun.
Abiang
Pui & Abiang
Pasukan yang berasal dari Utara ini mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dan minat yang mendalam dalam sukan memancing. Masing-masing mempunyai keistimewaan & “skill” yang tersendiri


Geng Sembat Johor
Toll & Pojie
Dua orang anak jati Johor ini hebat dalam menangkap ikan tidak kira di mana jua. Keserasian dan pengalaman mereka menjadi kelebihan buat kumpulan GSJ dalam pertandingan ini